Rabu, 30 September 2009

Kepentingan Laman Web


Laman web ialah media pengiklanan yang, jika direka dengan betul, sangat berkesan untuk mempromosi kepada ribuan juta pengguna Internet. Oleh yang demikian, semua perniagaan harus mempunyai laman web yang dibina dengan mengambil kira fakta-fakta tertentu.Laman web umpama premis perniagaan yang senantiasa terbuka 24 jam sehari, setiap hari. Ia juga adalah media pengiklanan yang berkesan, pada harga rendah. Ini dapat dilihat dari contoh-contoh berikut: -Kos pengiklanan melalui media massa, pada saiz yang agak kecil, ialah beberapa ribu ringgit setahun. -Kos pengiklanan melalui risalah juga boleh menelan belanja beribu-ribu ringgit setahun. -Kos pengiklanan melalui radio dan televisyen lebih mahal dari pengiklanan melalui media cetak. -Sebaliknya, kos pengiklanan melalui laman web adalah jauh lebih rendah berbanding mana-mana media di atas.Tetapi, pengiklanan melalui laman web hanya berkesan sekiranya laman web itu mudah dijumpai oleh orang yang mencari barangan atau khidmat yang dibekalkan, terutamanya melalui enjin carian.Kajian demi kajian telah menunjukkan bahawa lebih dari 80% dari orang yang mencari sesuatu melalui Internet akan menggunakan enjin carian.Oleh itu, laman web hendaklah dibangunkan dengan kepakaran untuk mendapatkan "ranking" yang baik dalam enjin carian, bukan setakat cantik dipandang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan