Khamis, 26 November 2009
Isnin, 23 November 2009
Tekanan
Hari ini aku masuk pejabat dengan pelbagai tekanan. Macam-macam yang aku kena fikirkan. Huh..terpaksa jugak aku buat x tau untuk tenteramkan hati ku. Esok aku kena mengajar lagi..Ada student nak belajar kursus Photoshop. hari ni aku terpaksa siapkan modul yang aku akan ajar esok. X tau la mcm mana pengetahuan student aku tu nanti. Harap dia x mempunyai pengetahuan asas tentang photoshop ini. Kalau x penat la aku esok..
Sabtu, 21 November 2009
Hari Yang Membosankan..
Khamis, 19 November 2009
Tamat Sudah Kursus
Hari ini tamat sudah kursus yang aku kena mengajar. kursus ni tamat dengan agak berjayanya. Kursus yang aku ajarkan ini di jalankan selama 2 hari bermula semalam 18 november 2009 sehingga 19 November 2009. Alhamdulillah aku mendapat kerjasama yang sepatutnya daripada pihak Pejabat Belia dan Sukan Alor Setar dan juga Sek. Men. Agama Kedah.
Pelajar-pelajar aku plak ok..x de masalah. Dioarang boleh follow apa yang aku sampaikan. Pelajar-pelajar aku terdiri daripada pelajar sekolah Agama Kedah sendiri iaitu budak2 tingkatan 4. Alhamdullilah diorang pun x byak buat hal mungkin dah besar agaknya. lagipun maklumlah budak2 sekolah agama.
Isnin, 16 November 2009
Kepenatan...
Hari banyak juga keja yang aku kena siapkan..Aku terpaksa menyiapkan keja ini dalam minggu ni jugak..Nasib baiklah kelas untuk esok di batalkan. Klau tidak bertambahlah tekanan ke atas diriku.
Aku terpaksa menyiapkan design untuk laman web sebuah syarikat di kedah. Design ini akan di bentangkan untuk proses perbincangan nanti..harap2 projek ini dapat..
Aku terpaksa menyiapkan design untuk laman web sebuah syarikat di kedah. Design ini akan di bentangkan untuk proses perbincangan nanti..harap2 projek ini dapat..
Rabu, 21 Oktober 2009
Domain .my
KEBANYAKAN kita menggunakan tidak mementingkan alamat laman web seperti www.blalaa.com, www.blalaa.net, www.blalaa.int, www.blalaa.name dan sebagainya.Mungkin ramai pengguna yang memiliki blog menggunakan platform blogspot, wordpress dan macam-macam lagi walaupun tidak dinafikan ia ditawarkan secara percuma.
Bagaimanapun, alangkah baiknya kalau kita memiliki .my pada hujung alamat laman web memandangkan ia gambaran sebenar yang menunjukkan dari mana asal laman web itu terbabit.Ia berdasarkan kemampuan kita membayar alamat 'domain' dengan anggaran RM50 ke RM120 setahun.Bagi individu, ia mungkin sukar, namun perkara sama tidak sepatutnya dikeluhkan syarikat yang bertapak di negara ini.Alamat domain boleh dianggap seperti alamat rumah kita yang menunjukkan beberapa perkataan seperti www.hmetro.com.my, www.bharian .com.my dan sebagainya.
Kalau dulu, alamatnya mempunyai tiga perkataan seperti hmetro, .com dan .my namun ia mengalami perubahan pada tahun lalu selepas .c membenarkan perkataan .my saja digunakan.Tanpa perlu menoleh ke belakang, mak cik di kampung atau siapa yang teringin memiliki laman web menggunakan nama sendiri seperti www.ali.my atau www.satekampung.my kini boleh mendaftar untuk mendapatkannya selepas .my DOMAIN REGISTRY membuka tawaran itu kepada umum.Tahun lalu, pembekal pendaftaran alamat Internet terkemuka Asia Pasifik, .my DOMAIN REGISTRY yang sebelum ini dikenali sebagai MYNIC Berhad menawarkan alamat dua peringkat `domain' (2DL) kepada rakyat di negara ini berbanding 3DL sebelum (contohnya www.123.com.my) bermula 25 Mac 2008.
Pengarahnya, Shariya Haniz Zulkifli, berkata ia berdasarkan siapa cepat dia dapat dengan mengaktifkan alamat Malaysia kepada 2DL melalui 31 vendor yang berdaftar."Mungkin umum tertanya-tanya apa yang istimewanya 2DL, jika kita melihat perkataan itu sendiri iaitu `my' bermakna saya punya selain singkatan untuk Malaysia malah ia mudah diingati," katanya.Menurutnya, .my melambangkan kebanggaan kerana menggunakan singkatan Malaysia yang menaikkan imej serta penjenamaan sekali gus meningkatkan populariti laman web."2DL menawarkan perkhidmatan alamat Internet lebih mudah dan ringkas untuk diingati bagi mengurangkan jurang industri dalam pelbagai perniagaan serta aktiviti," kata Shariya.
Pendaftaran 2DL dibuka kepada individu atau organisasi berdasarkan siapa cepat dia dapat dengan perlu mengemukakan dokumen sokongan serta berumur 18 tahun ke atas.Untuk kes ini, laman web dengan belakangnya yang berakhir dengan .my menunjukkan ia datang dari Malaysia secara tidak langsung menjadi simbol di kebanggaan kepada rakyat yang memakainya.Ia termasuk kepada pemakai yang menggunakan laman web untuk mengembangkan perniagaan mereka.Ini bermakna, langkah menggunakan .my pada bahagian belakang adalah simbol kenegaraan yang perlu dititikberatkan juga.Sehingga hujung 2008, pendaftaran alamat domain mencecah sehingga 80,786 yang menerawang di dunia siber mengikut perangkaan dikeluarkan .my DOMAIN REGISTRY.
Namun begitu, lebih 50 peratus syarikat Malaysia yang disenaraikan di Bursa Malaysia tidak mempunyai .my.Ia berdasarkan pemerhatian pendaftar tunggal alamat domain itu yang mendapati 48.5 peratus atau 466 daripada 961 syarikat di negara ini tidak memiliki alamat domain berakhir dengan .myShariya berkata, 278 syarikat di Papan Utama serta 121 syarikat pada Papan Kedua tidak memiliki .my manakala 67 organisasi tersenarai di Mesdaq juga tidak berbuat demikian."Malah ada antaranya yang langsung tidak memiliki mana-mana laman web namun jumlahnya agak sedikit," katanya.
Menurut Shariya, syarikat di negara ini seharusnya tidak memandang mudah pendaftaran .my berasaskan tiga objektif iaitu identiti jenama unik, melindungi harta intelek (IP) dan mengelak 'setinggan siber'"Sebagai entiti yang bertanggungjawab terhadap pendaftaran domain, .my memberi nama unik kepada syarikat di Malaysia untuk menggunakannya di dunia Internet yang menguatkan kehadiran negara ini di pentas dunia," katanya.Katanya, negara diiktiraf sebagai antara 20 negara yang aktif dalam dunia perniagaan."Oleh itu, apabila menggunakan alamat domain .my, ia akan menambah potensi untuk mengakses pasaran eksport dan import."Orang luar akan lebih percaya sekiranya kita menggunakan alamat domain .my kerana mereka akan beranggapan langkah terbabit menunjukkan keseriusan syarikat yang mendaftar di Malaysia," jelasnya.Beliau berkata, .my boleh membezakan syarikat Malaysia dengan entiti asing yang memiliki nama organisasi sama."Contohnya, akhbar Kanada iaitu The Toronto Star menggunakan alamat www.thestar.com manakala rangkaian perkhidmatan kewangan di Amerika, Star Networks memiliki domain www.star.com."Bayangkan kalau tiada .my di belakang alamat domain, ia pasti menyukarkan pelayar Internet melihat dari mana asalnya sebuah syarikat," kata Shariya.
Mengulas lebih lanjut, Shariya memaklumkan kepentingan melindungi IP menggunakan alamat domain .my yang disifatkan penting ketika berada di dunia tanpa sempadan."Syarikat akan bergantung kepada laman web untuk mendekati penggunanya sebagai sumber maklumat, produk atau perkhidmatan."Statistik terkini menunjukkan pertambahan 300 peratus pengguna Internet dari tahun 2000 hingga 2008," ujar Shariya.Katanya, syarikat sepatutnya tidak ketinggalan di belakang kerana melindungi IP di Internet juga dikira aset penting dalam dunia perniagaan.Selain itu, syarikat yang tidak mendaftarkan nama domain .my mereka mungkin mengundang kejadian penyalahgunaan nama laman web atau lebih dikenali setinggan siber.Setinggan siber membawa makna individu tertentu yang mendaftar atau menggunakan trafik laman web orang lain untuk kepentingan sendiri berdasarkan identiti organisasi terbabit."Kes membabitkan setinggan siber dilaporkan mencecah sehingga 500,000 di Amerika Syarikat tahun lalu," tambah Shariya.Katanya, walaupun belum ada kes sama dilaporkan di negara ini, ia tidak bermakna syarikat akan terus selamat daripada ancaman terbabit.Menurut agensi di bawah Bangsa Bersatu (UN) iaitu Organisasi Harta Intelek Dunia (WIPO), sebanyak 2,329 aduan dibuat terhadap ancaman setingga siber yang mengancam hak cipta syarikat dilaporkan dan ia bakal meningkat dari tahun ke tahun.Salah satu modus operandi mereka melakukan setinggan siber termasuk niat menjual nama domain kepada syarikat ditiru dengan harapan mereka akan membayar lebih untuk alamat laman web yang dicuri itu.
Secara tidak langsung, pencurian nama domain turut menjejaskan reputasi syarikat sekiranya si pemakai menggunakannya untuk tujuan tidak baik.Seterusnya, Shariya menjelaskan, kurangnya kesedaran pengguna terhadap penggunaan nama domain menjadi faktor utama yang menyebabkan mereka kurang berminat untuk mendaftar .my."Ada yang beranggapan pendaftaran nama domain tidak penting namun ia membabitkan reputasi yang perlu diambil kira," katanya.Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr Maximus Ongkili pun bersetuju pendaftar nama domain .my berpeluang membawa jenama dan identiti Malaysia ke pasaran dunia."Pencarian di Internet mengenai sejarah, ekonomi, produk serta perkhidmatan negara di Malaysia akan menjadi lebih mudah dan cepat dengan menggunakan singkatan .my yang tidak berkategori."Malaysia berjaya menyertai negara lain di rantau Asia Pasifik yang turut mempunyai nama domain peringkat kedua ini. Kejayaan ini meletakkan negara setara dengan kemajuan teknologi di rantau itu", katanya.
Kita berada dalam negara yang mana rakyatnya patut menyenaraikan alamat domain .my memandangkan ia melambangkan identiti kenegaraan serta menunjukkan asal tumpah darah masyarakatnya.Apatah lagi syarikat yang berjual beli dalam dan luar negara membabitkan urusniaga menggunakan laman web.Kita perlu turut sama dengan negara lain terutama di Asia seperti Jepun, Hong Kong dan Singapura yang mementingkan nama domain negara masing-masing dalam melonjakkan identiti tersendiri.
Sumber : Harian Metro
Rabu, 7 Oktober 2009
Kedah Hidup Peluang...
Kedah menang 3-0 ke atas Tentera di Stadium Selayang dalam saingan Kumpulan E. Manakala Kelantan menewaskan Pulau Pinang 2-1..Kedah kini mendaki ke tangga kedua di belakang Kelantan..Harap Skuad Hijau Kuning terus mara untuk mengekalkan kejuaraan Piala Malaysia tahun ini..Pulun Kedah Pulun....
Isnin, 5 Oktober 2009
Kemerosotan Hijau Kuning??
KECEWA. Begitu luahan orang kuat Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) mengenai prestasi skuad Kenari dalam saingan Piala Malaysia musim ini yang ketika ini berada di tangga tercorot kumpulan E.Bagi Presiden KFA, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, prestasi skuad itu perlu dikaji dan dibuat bedah siasat bagi mencari puncanya.Katanya, pasukan Kedah belum tersingkir lagi dalam saingan dan berharap prestasi itu dapat dibaiki segera.
"Kecewa. Kekalahan itu ada alasannya, seperti ketika kalah kepada Kelantan ada masalah teknikal. Apa pun kita perlu kaji apa masalahnya," katanya ketika ditemui pemberita pada majlis rumah terbuka Aidilfitri di Alor Setar semalam.Dalam tiga perlawanan, Kedah sekadar meraih satu mata setelah seri 1-1 dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), tewas 1-0 kepada Kelantan dan malam kelmarin kalah 1-0 kepada Pulau Pinang.
Azizan turut menafikan kemerosotan pasukan itu berpunca daripada masalah dalaman persatuan, sebaliknya memberitahu, hal berkaitan kebajikan pemain dijaga dengan baik oleh pengurusan.Malah katanya, urusan pembayaran gaji dibuat mengikut jadual dan kerajaan negeri sentiasa mengambil berat hal itu."Gaji cukup, pengurusan bagus malah antara yang terbaik di negara ini," katanya.Menyentuh kelewatan Kedah menguruskan pemain pinjaman bagi saingan musim ini, Azizan memberitahu, beliau tidak pasti berhubung pengendalian proses tersebut, namun perkara itu perlu dikaji.
Khamis, 1 Oktober 2009
Gempa Bumi Di Malaysia
KUALA LUMPUR - Penduduk Lembah Klang di sini semalam gempar apabila bangunan-bangunan tinggi di beberapa lokasi di ibu kota bergegar ekoran gempa bumi kuat berukuran 7.9 magnitud yang melanda Padang di Sumatera Barat, Indonesia. Sekurang-kurangnya 75 orang disahkan mati di Sumatera dalam kejadian tersebut setakat malam semalam.
Gegaran yang berlaku selama beberapa minit sekitar pukul 6 petang itu turut menyebabkan orang ramai terpaksa mengosongkan bangunan bagi mengelak sebarang kemungkinan. Salah seorang penghuni di Pangsapuri Cendana di Bandar Sri Pemaisuri, Norita Nordin, 25, berkata, dia merasai gegaran itu sebanyak dua kali sebelum berasa pening-pening."Beberapa minit kemudian, jiran-jiran sebelah rumah menjerit suruh kami keluar dari pangsapuri ini. "Ini kali keempat gegaran berlaku di sini, saya yang takut kemudian lari turun kerana bimbang akan berlaku kejadian tidak diingini," katanya ketika ditemui di hadapan pintu masuk pangsapuri itu.
Majalah PC - Malaysia
Rabu, 30 September 2009
Kepentingan Laman Web
Laman web ialah media pengiklanan yang, jika direka dengan betul, sangat berkesan untuk mempromosi kepada ribuan juta pengguna Internet. Oleh yang demikian, semua perniagaan harus mempunyai laman web yang dibina dengan mengambil kira fakta-fakta tertentu.Laman web umpama premis perniagaan yang senantiasa terbuka 24 jam sehari, setiap hari. Ia juga adalah media pengiklanan yang berkesan, pada harga rendah. Ini dapat dilihat dari contoh-contoh berikut: -Kos pengiklanan melalui media massa, pada saiz yang agak kecil, ialah beberapa ribu ringgit setahun. -Kos pengiklanan melalui risalah juga boleh menelan belanja beribu-ribu ringgit setahun. -Kos pengiklanan melalui radio dan televisyen lebih mahal dari pengiklanan melalui media cetak. -Sebaliknya, kos pengiklanan melalui laman web adalah jauh lebih rendah berbanding mana-mana media di atas.Tetapi, pengiklanan melalui laman web hanya berkesan sekiranya laman web itu mudah dijumpai oleh orang yang mencari barangan atau khidmat yang dibekalkan, terutamanya melalui enjin carian.Kajian demi kajian telah menunjukkan bahawa lebih dari 80% dari orang yang mencari sesuatu melalui Internet akan menggunakan enjin carian.Oleh itu, laman web hendaklah dibangunkan dengan kepakaran untuk mendapatkan "ranking" yang baik dalam enjin carian, bukan setakat cantik dipandang.
EKONOMI NEGARA
KUALA LUMPUR 29 Sept. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, ekonomi negara kini mulai menunjukkan tanda-tanda pemulihan yang sebenar dengan terdapatnya peningkatan positif sejak beberapa bulan kebelakangan ini.Najib berkata, perkembangan itu adalah hasil yang ditunjukkan oleh permintaan domestik selepas menerima faedah daripada tindakan proaktif kerajaan dalam menyokong pertumbuhan ekonomi negara.
Beliau yang juga Menteri Kewangan menambah, sektor luaran perlu mengalami pengukuhan yang sama untuk membolehkan ekonomi negara kembali berada di landasannya.Najib menjelaskan, dua perkara yang diberikan tumpuan oleh kerajaan telah menyumbang kepada peningkatan positif tersebut iaitu pakej rangsangan fiskal dan usaha memastikan kesinambungan akses untuk kredit kepada sektor perniagaan dan individu.
"Secara puratanya, kerajaan membelanjakan kira-kira RM1 bilion sebulan hasil dari pengumuman pakej rangsangan I dan II dan ia akan berterusan sehingga tahun 2010," katanya.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri taklimat ahli Lembaga Pengarah Bank Negara Malaysia (BNM) berkenaan ekonomi Malaysia dan sektor kewangan di sini, hari ini.
Ditanya tentang perkembangan pakej rangsangan yang diumumkan pada awal tahun ini, Najib berkata, sehingga 11 September lalu, pakej rangsangan pertama kerajaan telah membiayai 52,486 projek bernilai RM6.022 bilion dengan sejumlah RM4.087 bilion bayaran telah dikeluarkan."Bagi pakej rangsangan kedua, 30,640 projek bernilai RM7.540 bilion telah dilaksanakan dan sejumlah RM3.624 bilion pembayaran telah pun dibuat," kata beliau.
Sementara itu, Najib berkata, sejak pertengahan 2008, kerajaan dan BNM mewujudkan lima tabung khas dengan jumlah peruntukan sebanyak RM13.4 bilion dan sehingga kini RM8.2 bilion telah pun diluluskan kepada 17,600 perniagaan di seluruh negara.Bagi membantu merancakkan pertumbuhan ekonomi negara, kerajaan menggalakkan institusi-institusi perbankan untuk menstruktur dan menjadual semula pinjaman yang dikeluarkan kepada para pelanggan.
Bagi usahawan perusahaan Kecil dan sederhana (PKS) yang berdepan dengan kesukaran pembayaran semula, BNM menerusi Skim Penyelesaian Hutang Kecil akan membantu menstruktur dan menjadual semula pinjaman tidak berbayar tersebut.Selain itu, kata Perdana Menteri, penubuhan Danajamin Bhd. telah mula membantu tujuh kes kegagalan membayar atau menjelaskan hutang mereka kepada perbadanan yang menyediakan kredit.
Beliau berkata, penurunan kadar pinjaman purata oleh BNM telah diterjemahkan kepada penurunan kos pembiayaan di mana kadar pinjaman asas dan kadar pinjaman purata, berkurangan kepada 102 mata asas sejak November 2008.
Langgan:
Catatan (Atom)